Assalamualaikum. Insyallah saya akan buka tirai 2012 dengan menulis post baru di dalam laman blog ini. Begitu lama juga saya tidak menulis, berkongsikan pengalaman hidup dan menceritakan peringatan yang ALLAH berikan kepada saya untuk sama-sama kita mencari manfaat daripadanya. Maaf. Itu yang saya mampu ungkapkan kerana sudah begitu lama tidak mengemaskini laman ini. Jika dalam bahasa inggeris saya akan berkata; "I have my reasons."
Jadi mengapa berhenti menulis? Memang itu mula-mula saya fikirkan ketika menulis post ini. "What are the reasons?". Pada mulanya saya menyangkakan hidup sebagai 'abid kepada ALLAH dan seorang pelajar jurusan kejuruteraan amat mudah. Dan saya menyangkakan susunan masa saya agak cukup kemas untuk menurut serta dalam bidang penulisan ini. Namun, hampir satu setengah semester berada dalam kedudukan saya ini rupanya saya tidak mempunyai pengurusan masa yang baik. Jika ingin dikatakan semakin tua meningkat umur ini, semakin saya rasa masa itu tidak cukup untuk melakukan perkara dalam satu hari. Ditambah pula dengan tabiat lalai lalu membuang masa, saya cuba membawa diri untuk berdiri kembali setelah jatuh tersungkur. Mungkin agak lama, namun proses ini mengambil masa dan ianya tidaklah begitu mudah. Seakan pembaikan hati ini perlu disusuli dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH. Dengan ini hati akan jelas setiap kali dalam menulis, mengapa menulis, apa yang ingin ditulis dan sebagainya. Dan saya berdoa di saat ini agar ALLAH sentiasa menjelaskan dan menetapkan hati saya yang berbolak-balik ini supaya berada di jalan yang benar. Sekali lagi, maaf.
Apa yang membuatkan saya ingin kembali menulis? Saya bukanlah seorang penulis yang hebat seperti penulis Langit Ilahi, Angel Pakai Gucci, Saiful Islam, BroHamzah, Kehidupan & Keimanan dan lain-lain lagi. Tambahan pula apa yang saya sampaikan kadang-kadang tidak membawa makna apa-apa, sekadar kosong. Mereka inilah yang menjadi sumber inspirasi saya untuk terus meningkatkan isi kandungan penulisan saya. Baru-baru ini saya turut serta dalam satu program dan terserempak dengan bekas guru saya. Beliau mengekspresikan bahawa beliau juga melawati laman blog saya. Mungkin tidaklah sekerap mana namun kata-kata beliau itu menambah semangat saya kembail untuk menulis. Dan kali ini tak kisahlah selama mana saya tidak mengemaskini laman ini, saya akan cuba menulis walaupun apa yang saya sampaikan itu hanyalah perulangan semata-mata. Saya, manusia yang seringkali lalai dan dengan perulangan ini serba sedikit berjaya memperbaharui keimanan saya kepada ALLAH disaat iman itu luntur. Semoga ALLAH berikan saya kekuatan untuk terus istiqamah dalam beramal.
Takut. Antara sebab kenapa saya berhenti menulis adalah takut. Saya risau dan takut jika saya tergolong dalam golongan yang berkata-kata namun tidak beramal dengan apa yang saya katakan. ALLAH berfirman dalam Surah As-Saff ayat yang kedua dimana ALLAH ajukan soalan kepada orang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak amalkan. Dan golongan ini amat dibenci disisi ALLAH, seperti yang disambung dalam ayat yang ketiga. Subhanallah, saat ini saya sendiri takut akan tergolong dalam golongan ini. Ya ALLAH jauhilah diri ini daripada tergolong dalam golongan yang diperkatakan ini. Berikanlah kekuatan agar aku dapat beramal dengan apa yang aku katakan ya ALLAH.
Semoga apa yang saya kongsikan ini serba sedikit menjelaskan keadaan saya sebelum ini disamping dapat memperingati diri saya dengan anda semua kepada ALLAH S.W.T. Wallahu'alam.
P/S: Saat ini ramai sudah menyusun azam tahun baru mereka. Tapi adakah azam tahun lalu berjaya?
BADAI BERGELORA
PERKONGSIAN.CABARAN.KEHIDUPAN
Sunday, January 1, 2012
Thursday, November 10, 2011
Reset
P/S: I shall not delete this page, there just to much memory here. Reminders, diary, pictures etc.
Thursday, October 20, 2011
Let It Be Anonymous
Hidup seorang blogger. Hidup seorang bukan ahli seniman, aku bukan berjiwa seni. Banyak kisah yang aku kongsikan adalah kisah yang aku lalui dalam hidupku. Aku rekodkan agar aku cuba menperingati diriku, membantu mempertingkatkan diri kepada manusia yang lebih berguna dan beriman kepada ALLAH S.W.T.
Kenapa rekodkan untuk diri tetapi masih tayangkan kepada orang ramai? Aku berharap bahawa dengan apa yang aku kongsikan dapat memanfaatkan sesiapa sahaja yang menyinggah di laman sesawang ini. Kadang-kadang kita selalu terlupa akan nasihat yang disampaikan, namun apabila diletakkan, disusun dalam elemen cerita, kita mudah ingat. Betul bukan? Bukan semua yang dapat ingat semua ilmu yang tertulis dalam buku biologi tingkatan lima, dan dengan itu wujudlah nota berwarna-warni, akronim yang pelik-pelik. Kenapa? Kerana memudahkan kita, manusia yang mudah lupa untuk ingat.
Apa objektif post kali ini? Aku terbayang akan satu kisah di zaman kanak-kanak dahulu. Cerita pentas seperti senario, pi-mai pi-mai tang tu. Di akhir cerita tersebut, ada dinyatakan:
Kenapa rekodkan untuk diri tetapi masih tayangkan kepada orang ramai? Aku berharap bahawa dengan apa yang aku kongsikan dapat memanfaatkan sesiapa sahaja yang menyinggah di laman sesawang ini. Kadang-kadang kita selalu terlupa akan nasihat yang disampaikan, namun apabila diletakkan, disusun dalam elemen cerita, kita mudah ingat. Betul bukan? Bukan semua yang dapat ingat semua ilmu yang tertulis dalam buku biologi tingkatan lima, dan dengan itu wujudlah nota berwarna-warni, akronim yang pelik-pelik. Kenapa? Kerana memudahkan kita, manusia yang mudah lupa untuk ingat.
Apa objektif post kali ini? Aku terbayang akan satu kisah di zaman kanak-kanak dahulu. Cerita pentas seperti senario, pi-mai pi-mai tang tu. Di akhir cerita tersebut, ada dinyatakan:
"Cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang meninggal dunia"
Aku tertanya waktu kecil dahulu, kenapa dinyatakan seperti ini? Apa yang menyebabkan frasa ayat ini ditayangkan di akhir rancangan? Itu persoalan untuk post kali ini, itu adalah persoalan utama yang aku cuba jawab sendiri.
Pernah tak perasan dalam tulisan blog aku atau orang lain, apabila diceritakan kisah akan ditukarkan nama yang sebenar kepada "si fulan" atau "si A" dan lain-lain? Aku juga tak terfikir apa yang membuatkan aku menaip sebegitu rupa. Dan kemudian aku imbas kembali, cuba mengkaji kenapa aku lakukan perkara ini? Dan satu berita atau kisah tersentak di mindaku. Mengenai kisah artis saman-menyaman sesama sendiri hanya kerana seseorang itu terasa akan tweet atau post daripada artis yang lain. Dan itu membuatkan aku kembali kepada mengapa aku cuba, aku try to make it as general as possible. Mengapa seumum yang boleh? Untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa.
Teringat akan video aimanazlan90 mengenai bersangka baik. Walau apa pun yang anda lihat, baca, dengar, cubalah tanamkan sifat positif. 49:12, mungkin dapat mengasahkan lagi pemikiran untuk menjadi manusia yang lebih positif.Wallahu'alam
P/S: Intepretasi aku terhadap video aimanazlan90 mungkin salah, jika ada salah sila betulkan dan jika ada pertanyaan mengenai video tersebut boleh tinggalkan terus komentar di channel YouTube beliau. Dan baru kembali menulis setelah sekian lama, mungkin berkarat sedikit dan mungkin tak masuk akal apa yang cuba disampaikan.
Sunday, October 16, 2011
Saturday, October 1, 2011
Beramal & Bekerja
"Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit dari mereka itu bertahan dalam beramal dan bekerja. Ramai pula dari yang sedikit itu yang mampu bertahan di waktu beramal dan sedikit dari mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja yang berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilanganya tetapi menjadi penolong dan menjadi Ansarullah. Ada kalanya mereka itu silap tetapi menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh ALLAH"
Labels:
free time,
qoute of the day,
refresh
Subscribe to:
Posts (Atom)
