Thursday, October 20, 2011

Let It Be Anonymous

Hidup seorang blogger. Hidup seorang bukan ahli seniman, aku bukan berjiwa seni. Banyak kisah yang aku kongsikan adalah kisah yang aku lalui dalam hidupku. Aku rekodkan agar aku cuba menperingati diriku, membantu mempertingkatkan diri kepada manusia yang lebih berguna dan beriman kepada ALLAH S.W.T.

Kenapa rekodkan untuk diri tetapi masih tayangkan kepada orang ramai? Aku berharap bahawa dengan apa yang aku kongsikan dapat memanfaatkan sesiapa sahaja yang menyinggah di laman sesawang ini. Kadang-kadang kita selalu terlupa akan nasihat yang disampaikan, namun apabila diletakkan, disusun dalam elemen cerita, kita mudah ingat. Betul bukan? Bukan semua yang dapat ingat semua ilmu yang tertulis dalam buku biologi tingkatan lima, dan dengan itu wujudlah nota berwarna-warni, akronim yang pelik-pelik. Kenapa? Kerana memudahkan kita, manusia yang mudah lupa untuk ingat.

Apa objektif post kali ini? Aku terbayang akan satu kisah di zaman kanak-kanak dahulu. Cerita pentas seperti senario, pi-mai pi-mai tang tu. Di akhir cerita tersebut, ada dinyatakan:

"Cerita ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang meninggal dunia"

Aku tertanya waktu kecil dahulu, kenapa dinyatakan seperti ini? Apa yang menyebabkan frasa ayat ini ditayangkan di akhir rancangan? Itu persoalan untuk post kali ini, itu adalah persoalan utama yang aku cuba jawab sendiri.

Pernah tak perasan dalam tulisan blog aku atau orang lain, apabila diceritakan kisah akan ditukarkan nama yang sebenar kepada "si fulan" atau "si A" dan lain-lain? Aku juga tak terfikir apa yang membuatkan aku menaip sebegitu rupa. Dan kemudian aku imbas kembali, cuba mengkaji kenapa aku lakukan perkara ini? Dan satu berita atau kisah tersentak di mindaku. Mengenai kisah artis saman-menyaman sesama sendiri hanya kerana seseorang itu terasa akan tweet atau post  daripada artis yang lain. Dan itu membuatkan aku kembali kepada mengapa aku cuba, aku try to make it as general as possible. Mengapa seumum yang boleh? Untuk tidak menyinggung perasaan sesiapa.

Teringat akan video aimanazlan90 mengenai bersangka baik. Walau apa pun yang anda lihat, baca, dengar, cubalah tanamkan sifat positif. 49:12, mungkin dapat mengasahkan lagi pemikiran untuk menjadi manusia yang lebih positif.Wallahu'alam

P/S: Intepretasi aku terhadap video aimanazlan90 mungkin salah, jika ada salah sila betulkan dan jika ada pertanyaan mengenai video tersebut boleh tinggalkan terus komentar di channel  YouTube beliau. Dan baru kembali menulis setelah sekian lama, mungkin berkarat sedikit dan mungkin tak masuk akal apa yang cuba disampaikan. 

0 comments: