![]() |
| Doa, senjata orang mukmin. |
Ramadhan sudah berlalu, apa langkah seterusnya? Apakah aku, Amin yang berbeza ketika berada dalam bulan Ramadhan dan lain pada bulan yang lain? Teringat satu ayat daripada Twitter Ameen Misran; "I wanna be myself". Apakah aku dalam bulan Ramadhan bukan diriku? Atau aku pada bulan lain, aku bukan diriku sendiri? Apa Ramadhan telah mengajar aku? Ajar turunka berat badan? Ajar berjimat duit? Atau lebih daripada itu? Marah. Bukan marah pada orang sekeliling tetapi marah kepada diri sendiri. Apakah ini dinamakan seorang dewasa? Seorang yang dapat membezakan baik dengan buruk? Seorang yang sibuk mengajak orang berbuat perubahan walhal diri tidak ke arah perubahan? Astaghfirullah. Na'uzubillah. Moga ALLAH berikan kekuatan, petunjuk juga berikan rakan yang dapat membimbing ke arah jalanMu.
![]() |
| Sesal; luah atau rasa? |
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang selalu bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."
Ada beza mengapa ayat "التَّوَّابِي" diterjemahkan menjadi orang-orang yang selalu bertaubat berbanding orang-orang yang bertaubat. Kita manusia sering lupa, alpa. Bukan lupa akal terhadap ALLAH, namun LUPA HATI. Sering mengulangi kesilapan, dosa. Sesal dengan dosa pada satu hari, namun ulang kembali. Maka datang pula ayat Al-Quran, mafhumnya peringatan itu berguna untuk orang-orang mukmin. Sesi tarbiyah dzatiyah bukan seketika, bukan sebentar dan bukan pula sewaktu datangnya program Islamik. Tetapi ianya berjalan seperti mana mengalirnya darah dalam saluran arteri kita. Wallhu'alam.
P/S: Aku sering menulis mengenai perkara untuk tingkatkan diri. Namun aku cukup risau jika aku tergolong dalam golongan yang ALLAH berfirman dalam 61:2. Apakah aku menulis untuk membuat orang kagum terhadapku? Atau niat yang berbeza-beza bukan kerana ALLAH? Masyallah, muhasabah diri. Moga ALLAH terima amalku yang sedikit ini. Aaammiinn..


0 comments:
Post a Comment