Tuesday, August 16, 2011

Checklist, Halfway Already Gone

Assalamualaikum. Apa khabar imanmu duhai pembaca? Apa pula khabar imanku wahai hati ini? Alhamdulillah, kita semua diberikan peluang untuk merasa bulan Ramadhan pada tahun ini. Syukur. Namun apakah sebenar-benarnya kamu bersyukur wahai penulis? Ramadhan sudah separuh bulan meninggalkan kita dan apakah kamu sudah mengaut segala keuntungan yang ALLAH janjikan dalam bulan jual beli ini? Insyallah, post kali ini akan menekankan sesi muhasabah dalam Ramadhan dan resolusi untuk menghadapi saki-baki Ramadhan yang tinggal ini.

Which level of fasting are you on?

Apa itu puasa? Adakah hanya menahan lapar wahai kawan-kawan? Adakah apabila bunyi azan subuh anda berlapar, berdahaga sahaja sehingga menantikan azan maghrib? Masyallah, muhasabah kembali wahai hati ini. Alangkah ruginya diri ini. Hanya tidur peneman diri sepanjang bulan ini. Bukankah menahan nafsu itu adalah sesuatu yang patut ditekankan pada bulan Barakah ini? Patutkah kamu menahan suara-suara nafsu yang memujuk untuk kamu tidur apabila masa lapang? Atau diisikan dengan lidah yang dibasahi dengan zikrullah dan membaca Al-Quran? Apakah Ramadhan ini menjadi bulan yang paling rendah taqwa diriku berbanding 11 bulan yang lain? Astaghfirullah, Na'uzubillah. RUGI.

Separuh Ramadhan sudah berlalu, malam masih diisi dengan Tarawikh sahaja. Tiada selingan lain, mana tahajjud kamu? Mana sunat taubat kamu? Mana sunat hajat kamu? RUGI. Apakah amalan kamu sudah banyak, berlambak? Ketahuilah bahawa Saidina Umar sendiri merasakan dirinya tidak masuk ke Syurga, inikan kita yang lemah lagi hina ini. Usahlah merasa diri SBRB (sombong, bongkak, riak dan berlagak). Ketahuilah kita ini hanya hamba yang kerdil. Berapa besar alam ini berbanding badan ini yang hanya 173cm dan 80kg ini?

Bila bicara tentang solat, adakah khusyuk mengiringi ibadah itu? Atau mata seakan berat akibat sifat tamak semasa iftar? Atau memberi alasan banyak assignment atau project? Sedangkan waktu lapangmu tidak diisi untuk melengkapkan amanah itu. Masyallah, banyak perkara yang perlu diperbaharui. Bukan hanya dengan luahan ini, atau kata-kata namun dengan melaksanakan akan membuktikan sesuatu amalan itu. Moga ALLAH berikan kekuatan kepada kita untuk mengejar keuntungan dalam bulan ini. Lebih-lebih lagi kedatangan malam Al-Qadr. Ayuh kuatkan semangat untuk mencapai ketaqwaan yang tinggi dan berpeluang menemui malam Al-Qadr. Wallahu'alam.

P/S: Bukan membicarakan 'aib diri namun ini adalah realiti yang menimpa ramai orang. Dan malam 17 Ramadhan, Nuzul Quran.

2 comments:

azeem said...

Tipu la 80kg je haha

Amin Roseli said...

thats not me la..