Saturday, July 23, 2011

Graduation

Hampir jam 5 petang waktu tempatan, seorang pemuda langkas menyiapkan diri. Mandi, berkemas, bersolek dan bersiap untuk menghadiri graduasi senior beliau. Sebelum melangkah keluar daripada rumah, solat Maghrib didirikan dan perjalanan ke universiti bermula selepas beberapa minit mengunci rumah. Perasaan dalam hati seakan ingin berjalan dari rumah ke destinasi, tidak seperti selalu dimana beliau selalu menaiki bas ke sana. Bergerak bersama 2 orang rakan lain, perbualan menjadi pengisi kesepian di sepanjang perjalanan. Merapatkan ukhuwah, mengenal sifat peribadi sesama sendiri. Ada juga dibincangkan isu semasa lebih-lebih lagi apa yang berlaku di tanah air tercinta, Malaysia.

Walaupun beliau baru sahaja berkenalan dengan senior tersebut, namun beliau dijemput seolah sudah lama berkenalan. Masuk ke dalam dewan, duduk melihat kepada skrin yang menayangkan upacara pemberian sijil kepada mahasiswa ijazah, masters dan PhD. Mata terpaku kepada skrin, telinga mendengar pengacara majlis menyebut nama-nama mahasiswa. First Class Honours, Second Class Honours A dan Second Class Honours B antara beberapa ayat yang didengari oleh beliau. Mula beliau bertanyakan kepada diri sendiri, yang manakah bakal disebutkan untuk mengiringi nama beliau? Ada juga pada malam itu ucapan dari valedictorian. Terbayang wajah mahasiswa Malaysia disitu.


Sedang sibuk memikirkan tentang perkara-perkara ini, teringat beliau akan rakan di Malaysia yang memberikan analogi tentang tujuan hidup. Ke mana selepas ini? Ijazah, Masters, PhD dah ada, ke mana pula selepas ini? Bina keluarga? Kemudian? Kumpul duit? Sampai bila? Apa pengakhirannya? Tersentak hati sedang mata masih melihat kepada wajah-wajah mahasiswa yang berjaya pada malam itu. Dan kemudian hati berbalik kepada purpose of life. Apabila proses pembelajaran ilmu ini disandarkan dengan purpose of life yang betul, dengan izin ALLAH ianya akan diberikan ganjaran. Pemikiran beliau seolah-olah telah disegarkan semula atau refresh tentang purpose of life. Kadang-kadang beliau sering lalai, leka dan alpa dengan ombak kenikmatan dunia. Seolah-olah membutakan mata beliau lalu hati tertutup seketika. Proses perbaharui niat ini amat penting untuk beliau, untuk membuatkan diri beliau fokus dengan ubudiyyah kepada ALLAH S.W.T.

P/S: Tahniah kepada mereka yang telah tamat pengajian, moga ALLAH berkati perjalan hidupmu di alam pekerjaan.

0 comments: